The Malay Mail
SATURDAY/SEPTEMBER 3, 2005
Partially-blind hawker sues KL Monorail
KUALA LUMPUR: A partially-blind hawker yesterday sued the companies handling KL Monorail to claim for damages as he alleged that they neglected to ensure that the KL Monorail trains were safe for use by the disabled people.
Mohammad Sohod Mokri, 44, from the Sri Selangor Flats, Jalan San Peng claimed that he had fallen onto the monorail track as he was getting out of a monorail coach at 9.15pm on Feb 18, 2004.
He said assistance to get him off the monorail track only came 10 minutes later.
The write of summons was filed at the Sessions Court Registry yesterday through Messrs Jerald Gomez & Associates.
Mohammad Sohod named Monorail Malaysia Tchnology Sdn NBhd (the designer for the KL Monorail coaches), KL Monorail Systems Sdn Bhd (the company that assembled and handled KL Monorail), Mtrans Holdings Sdn Bhd (the company that managed the KL Monorail System) and the Director-General of Railways as defendants.
Monorail Malaysia Technology and KL Monorail Systems are subsidiaries of Mtrans Holdings Sdn Bhd.
In his statement of claim, Mohammad Sohod alleged that he had boarded the train from the Tun Sambathan Station to Hang Tuah Station on the day of the incident.
Due to the fall, Mohammad Sohod claimed that both his feet were swollen and fractured. – Bernama
KOSMO Sabtu 3 September 2005
OKU saman monorel
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan buta menyaman Syarikat Monorail Malaysia technology Sdn. Bhd. selepas dia terjatuh ke landasan Monorel tersebut pada tahun lalu.
Plaintif, Mohammad Sohod Mokri, 44, menuntut ganti rugi kerana didakwa syarikat tersebutc uai dan gagal memastikan pengguna Monorel adalah selamat untuk digunakan oleh orang kurang upaya (OKU).
Beliau juga menyaman KL Monorail Systems Sdn. Bhd., Mtran Holdings Sdn. Bhd., dan Ketua Pengarah Jabatan Keretapi sebagai defendan ketiga, kedua dan keempat.
Mohammad Sohod memfailkan writ saman itu melalui firma guaman mewakilinya, Tetuan Jerald Gomez & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen (Bahagian Sivil) di sini pagi semalam.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad SOhod mendakwa pada pukul 9.15 malam, 18 Februari tahun lalu, dia telah menggunakan sistem KL Monorail dari stesen Monorail Tun Sambanthan ke Stesen Monorail Hang Tuah.
Sampai di stesen tersebut, beliau yang mahu keluar dari gerabak Monorel telah terjatuh ke atas landasan monorel semasa menyusul pagar (railing).
Bantuan untuk mengeluarkannya juga didakwa lambat sampai iaitu kira-kira 10 mint selepas kejadian.
Akibat kelalaian defendan-defendan, beliau mengalami kecederaan iaitu lebam dan keretakan pada kedua-dua belah kaki, kecederaan kekal serta kehilangan upaya untuk bekerja.
Beliau mendakwa kejadian itu berlaku akibat ketiadaan langkah-langkah keselamatan serta kelalaian defendan-defendan atau ejen-ejen mereka yang menguruskan Monorel dalam memastikan ia selamat untuk digunakan terutamanya bagi OKU.
Oleh itu, selain ganti rugi am dan khas, Mohammad Sohod juga menuntut faedah empat peratus terhadap ganti rugi khas, faedah lapan peratus ke atas ganti rugi am, faedah lapan peratus dari tarikh penghakiman, kos dan lain-lain relif.
Sin Chew Daily 3 Sept 2005 Malay Mail & Kosmo 3 Sept 2005