Reports
Utusan & The Star 5 Nov 2009 – RM1.1 Million for Accident VictimJudgements
Court of Appeal 4 Nov 2009 High Court 8 Mar 2007
Setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan plaintif
Ibu lumpuh dapat RM1.1 juta
PUTRAJAYA 4 Nov. – Seorang ibu yang lumpuh separuh tubuhnya akibat kemalangan jalan raya 11 tahun lalu mendapat ganti rugi hampir RM1.1 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud turut memutuskan jumlah ganti rugi itu termasuk kos RM30,000 dibayar kepada plaintif, Nauren Abd. Manaf, 54.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk S. Selventhiranathan turut memutuskan sebulat suara agar jumlah itu dibayar atas kadar faedah lapan peratus setahun.
Bekas ahli perniagaan itu menyaman Chew Ming Thai ekoran kemalangan yang berlaku di Kilometer 271 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada 23 Ogos 1998 di antara lori yang dipandu oleh suaminya dengan kereta yang dipandu oleh lelaki itu.
Mahkamah Sesyen Seremban pada 5 November 2004 memberinya ganti rugi am dan ganti rugi khas hampir RM1.5 juta setelah memutuskan Ming Thai selaku defendan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecacatan dari leher ke bawah yang dialami suri rumah berkenaan.
Nauren yang tidak berpuas hati dengan jumlah itu merayu ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 8 Mac 2006. Bagaimanapun, beberapa ganti rugi dikurangkan menyebabkan dia merayu ke Mahkamah Rayuan.
Hari ini, panel berkenaan membenarkan rayuannya dengan memberi ganti rugi bagi kos penjagaan masa depan (RM302,400), kos kain lampin (RM93,600), kos pembedahan masa depan (RM200,000), ganti rugi am akibat lumpuh (RM400,000) dan kehilangan nikmat hidup (RM100,000).
Isnin lalu, peguam Gerald Gomez ketika berhujah mewakili Nauren menyatakan, akibat kemalangan itu, anak guamnya mengalami kesengsaraan hidup kerana laporan perubatan menyatakan dia tidak berpeluang langsung untuk sembuh kerana kecacatan itu akan merebak ke anggota lain.
Menurut peguam bela, lumpuh yang dideritai mangsa bukan kecacatan biasa kerana ia menyebabkan dia mengalami trauma seumur hidup dan memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan diri termasuk membersihkan najis.
Ketika menggambarkan keperitan hidup plaintif, Gerald memetik penghakiman Mahkamah Sesyen yang menyatakan:
”Orang lain menunggu untuk pulih sedangkan plaintif menunggu ajal sepanjang hidupnya.”
Sementara itu, peguam Shanta Mohan yang mewakili Ming Thai berhujah, tiada laporan perubatan yang mengesahkan plaintif lumpuh keseluruhan badannya.
Beliau berhujah, ganti rugi am akibat lumpuh yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen ialah RM200,000 dan jumlah itu merupakan yang tertinggi diperuntukkan oleh undang-undang bagi mangsa kemalangan yang lumpuh separuh tubuh.
THE STAR, 5 NOVEMBER 2009
RM1.1mil for accident victim
Court awards damages to mother of two paralysed after collision
PUTRAJAYA: A mother, who was paralysed after a lorry driven by her husband collided with a car 11 years ago, was awarded about RM1.1mil in damages by the Court of Appeal.
Justices Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Sulong Matjeraie and Datuk T. Selventhir-anathan allowed yesterday the ap-peal by Nauren Abdul Manaf, 54, with costs and interest.
She also received RM302,400 for nursing care, RM93,600 for diapers, RM200,000 for future care, general damages of RM400,000 for paralysis suffered, RM100,000 for loss of amenities and RM30,000 in costs.
The quorum, however, maintained the High Court’s decision not to award costs to Nauren over the loss of income for her husband.
The mother of two had brought her case to the Court of Appeal after the Seremban High Court on March 8, 2006 reduced some of the damages quantum awarded by the Sessions Court following an appeal by the defendant, Chew Ming Thai.
On Nov 5, 2004, the Seremban Sessions Court held Chew fully responsible for the accident and ordered him to pay RM1,478,672.94 in general and special damages.
The lorry driven by Nauren’s husband collided with a car driven by Chew at KM271 of the North-South Expressway near Seremban on Aug 23, 1998.
Nauren’s counsel Jerald Gomez submitted that as a result of the accident, Nauren developed an illness called post-traumatic dystrophy, also known as complex regional pain syndrome, causing her daily pain.
He said a specialist, Dr Edmond Ong, had testified that Nauren would require full-time care because she might eventually be bedridden.
Chew’s counsel Shanta Mohan urged the court to maintain the quantum of RM200,000 awarded by the High Court for general damages on the ground that the amount was the highest award given by law.
He added that there was no medical evidence to indicate Nauren was totally paralysed. — Bernama
Reports
Utusan & The Star 5 Nov 2009 – RM1.1 Million for Accident VictimJudgements
Court of Appeal 4 Nov 2009 High Court 8 Mar 2007